Teknik Jualan Bakeri

 

Mari Saya Tunjukkan Anda...
Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah Dan Menjana Pendapatan Sampingan 3 - 4 Angka Sebulan!!

Jadi... Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kitamahu memulakan bisnes bakeri ini!

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah....

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikirankan?

Tapi jangan risau dan khuatir.... semua jawapan bagi persoalan diatas, telah pun saya sediakan jawapan dan panduannya di dalam ebook dibawah...


Apakah Yang Terdapat Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhan ebook ini ...

PENDAHULUAN
Pada bahagian ini saya akan memberikan anda gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik bagi anda.

Saya ada senaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.

Selain itu, saya juga turut memberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai. Anda boleh lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya.

Anda pasti akan teruja dan bertambah bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri anda dari rumah dengan segera setelah membaca bahagian ini.
 
BAB 1 : FORMULA 2M+2P
Ini adalah formula yang saya gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan saya terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Di dalam bab ini juga, saya berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri anda. Jika anda pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri anda, bab ini akan menjelaskan kepada anda tentang strategi pemilihan produk!

Ya! Nak pilih produk pun kena ada strategi.. bukan sekadar main buat je! :)
 
BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
Ok! Ini adalah bab untuk anda yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi.. sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang anda mahu belajar! Barulah tak sia-sia anda pergi belajar nanti.
 
BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!
Minat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya anda mahu memulakan perniagaan bakeri anda dari rumah!

Dalam bab ini saya tunjukkan anda langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan membuka akaun bank bagi perniagaan anda.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda!
 
BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!
Dalam bab ini, saya senaraikan peralatan-peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri anda. Mungkin anda tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, anda tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.
 
BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN!
Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri anda. Saya tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini!
 
BAB 6 : TEKNIK PROMOSI!
Sedap macam mana pun kuih anda, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna!

Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri anda.
Saya senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri anda! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline!
 
BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI
Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.
 
BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini saya senaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!

Cabaran persaingan harga!
Kenaikan kos harga barang mentah!
Bahan mentah habis stok!
Supplier stop bekalan!

Itu adalah antara beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi.
Ketahui cara menanganinya dalam bab ini!
 
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
Dalam bab ini, saya kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang anda jalankan.

Saya tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, anda sudah boleh mencapainya. Siap sekali saya tunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.
BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI
Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini saya kongsikan 10 tips yang saya rasa amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.
 

Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal anda perolehi melalui ebook ini. Memang hebat kan?

Share: